Tuesday, October 1, 2013

SOALAN-SOALAN PENTING UNTUK NOVEL SPM

30 SOALAN-SOALAN PENTING UNTUK NOVEL (TING 4 & 5) (BM K2 SOALAN 4a/b)


Facebook Group : intensif Skor A BM spm

   1 - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca.

       2    - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

       3    - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza.

       4    - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

       5    - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

       6    - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akanmemberikan kepuasan kepada pembaca. Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

       7    - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

       8    - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapapersoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut.

       9    - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca.

       10   - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

       11   - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

       12   - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebutberdasarkan novel kajian anda.

       13   - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda,nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

       14   - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak  sampingan berdasarkan novel yang telah anda baca.

       15   - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

       16   - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwamenarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

       17   - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak.

       18   - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji.

       19   - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan.

       20   - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji,jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.

       21   - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca.

       22   - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya.

       23   - Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda.

       24   - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca.

       25   - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masatertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting.

       26   - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni.Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji.

       27   - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji,huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan  kepincangan dalam masyarakat.

       28   - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca.

       29   - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

       30   - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut.

PERIBAHASA SAMA ERTI (BM KII SOALAN 3(E)

PERIBAHASA SAMA ERTI (BM KII SOALAN 3(E)


BAHASA MELAYU SPM - KERTAS II (SOALAN 3 - PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERBAHASA)

SOALAN 3(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.

1. Gagak pulang ke benua = Belut pulang ke lumpur
2. Alang-alang berdakwat biar hitam = Alang-alang berminyak biar licin / alang-alang mandi biar basah
3. Musuh dalam selimut = gunting dalam lipatan

4. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.

Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam
kemelaratan.

Sama erti: 1.  Membasahkan garam sendiri.  2.Buah kedempung, di
luar berisi di dalam kosong.

5. Bagai ayam yang terkecundang.

Makna: Sangat ketakutan.

Sama erti: 1.  Malu berani, mati takut.  2.  Pelandok di cerang
rimba.   Dalam ketakutan dan gelisah.  3.  Jiwa bergantung di
hujung rambut.  4.  Bagai kambing dalam biduk.

6. Bagai bajak wangkang makan diangkat.

Makna: Orang yang gemar dipuji.

Sama erti: 1.  Ditanam tebu di telinga,  berkembang bunga raya di
muka.  2.  Lemak manis pada dialah, pahit  maung pada orang.

Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh  beliau, pasti akan
diheboh-hebohkan kepada semua rakan-  rakannya.  Tindakannya
supaya ia mendapat pujian.   Sikapnya bagai bajak wangkang makan
diangkat.

7. Bagai berumah di tepi tebing.

Makna: Selalu dalam kekuatiran.

Sama erti: 1.  Bagai telur di hujung tanduk.  2.  Menanti laki
pulang maling.

Contoh: Malim berasa kuatir kerana anaknya  sudah dua hari tidak
pulang ke rumah.  Semua kerjanya  tidak menjadi kerana kuatir
bagai berumah di tepi rawa.

Monday, September 30, 2013

Kepakaran Kami Membantu anda

salam semua disini saya ingin membantu para pelajar dan sesiapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki SPM. Kepakaran kami adalah menjadikan subjek bahasa melayu spm anak-anak anda terasa mudah seperti makan kacang.. kami boleh membantu anak-anak anda merasai THE POWER OF A. Berapa ramai pelajar yang tidak sedar mereka tidak memilih Bahasa Melayu Sebagai pilihan skor A??? Dengan formula-formula kami yang terbukti meningkatkan peratusan kelulusan Bahasa Melayu anak-anak anda dan meningkatkan peluang sehingga merasai THE POWER OF A..

Semoga group ini membantu anak-anak anda menjadikan bahasa melayu spm merupakan subjek terkacang yang penah wujud dalam dunia.

anda boleh cari group ini
intensif skor A BM spm
atau terus ke link ini
http://www.facebook.com/groups/intensifskorabmspm/

segalanya percuma